Perkhidmatan

Carian

Dapatkan maklumat zon-zon serta ahli JPP di sini

myJPP

Muat Turun Aplikasi myJPP khusus untuk Jawatankuasa Perwakilan Penduduk

Arkib

Muat Turun Dari Arkib Jawatankuasa Perwakilan Penduduk

Statistik Keahlian JPP

Statistik Keahlian JPP Mengikut Negeri

Video JPP

Pelancaran JPP



Video Koir Konvensyen Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) 2016

Koleksi Gambar JPP

Soal Jawab Penubuhan Perwakilan Penduduk

Kesejahteraan adalah suatu keadaan fizikal, sosial dan mental yang positif, ianya terhasil daripada penyediaan pelbagai kemudahan/ barangan/ perkhidmatan dan perhubungan /interaksi manusia dgn tempat secara kolektif. Kesejahteraan rakyat akan wujud apabila keperluan asas dipenuhi dan dipertingkatkan melalui sokongan hubungan personal, pengupayaan komuniti (community empowerment), kesihatan yang baik, pendidikan berkualiti, kekukuhan kewangan dan ekonomi, pekerjaan yang terjamin serta persekitaran yang sihat dan menarik
Pada masa ini dianggarkan lebih 70% daripada penduduk di negara ini tinggal di bandar dan peratusan ini akan terus menunjukkan peningkatan dan dijangka pada tahun 2020 lebih 75% penduduk di negara ini tinggal di bandar. Kepesatan proses perbandaran ini akan menyebabkan isu-isu perbandaran menjadi semakin kompleks. Desakan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti daripada Kerajaan juga semakin meningkat. Masalah dan desakan penduduk bandar ini perlu diuruskan sebaik mungkin. Buat masa ini tidak ada struktur khusus untuk memenuhi keperluan yang timbul daripada perubahan demografi yang berlaku sama ada dalam bentuk institusi atau agensi khusus yang memberi fokus kepada kesejahteraan hidup di kawasan bandar. Masih ramai penduduk bandar tinggal di kawasan yang serba kekurangan (urban slupms) daripada segi kemudahan seperti di kawasan rumah pangsa yang lifnya selalu mengalami kerosakan, kawasan yang sempit, kotor, tiada kawasan rekreasi dan riadah serta tempat untuk upacara keagamaan
Selain daripada aspek pembangunan fizikal, KPKT turut memberikan fokus kepada penglibatan penduduk bandar. Sehubungan itu, Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perwakilan Penduduk dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewakili masyarakat setempat. JPP ini akan berperanan seakan-akan JKKK di kawasan luar bandar. Penubuhan JPP ini akan menggalakkan penyertaan penduduk, mewujudkan hubungan baik di antara masyarakat di kawasan kejiranan setempat dan membantu menangani isu-isu kesejahteraan bandar.

Memang di bawah Perlembagaan, Kerajaan Tempatan adalah kuasa Kerajaan Negeri dan PBT bertanggungjawab mentadbir PBT. Walau bagaimanapun, bidang kuasa PBT adalah terhad. PBT juga mempunyai kekangan dari segi sumber manusia dan kewangan. Mereka lebih memfokus kepada core business mereka seperti perancangan bandar, pelesenan dan penguatkuasaan. Program-program pembangunan masyarakat masih kurang. Oleh itu, KPKT merasa bertanggungjawab untuk membantu kerana kami di pihak Kerajaan Persekutuan mempunyai sumber tenaga, kepakaran dan kewangan yang diperlukan itu.

Satu perkara lagi, pengurusan bandar bukan setakat menguruskan sampah, longkang, rumput, lampu dan jalan sahaja. Kita bercakap mengenai mewujudkan bandar sejahtera, melibatkan semua aspek kualiti kehidupan antaranya keselamatan, pendidikan, kesihatan, kepenggunaan, pengangkutan dan pelbagai lagi. Dan perlu saya maklumkan berdasarkan Perlembagaan Negara semua sektor ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Jadi lebih 70% indikator bandar sejahtera itu di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Maka sudah sewajarnya Kerajaan Persekutuan turut membantu Kerajaan Negeri dan PBT untuk mencapai matlamat mewujudkan bandar yang sejahtera.

Tiga (3) objektif utama penubuhan JPP adalah :

  1. Menggalakkan penyertaan penduduk dalam program dan pembangunan kawasan setempat;
  2. Membantu menangani isu-isu kesejahteraan Bandar dan seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan; dan
  3. Mewujudkan hubungan baik di antara masyarakat di kawasan kejiranan setempat.

Peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh JPP adalah seperti berikut:

  1. Menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar, undang-undang, garis panduan, peraturan, inisiatif, program dan aktiviti pihak berkuasa;
  2. Mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk bandar melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan (self-help);
  3. Bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengawasi keselamatan kejiranan;
  4. Membantu pihak berkuasa dalam menangani isu-isu kebersihan, kesihatan dan alam sekitar;
  5. Membantu pihak berkuasa dalam merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan projek-projek infrastruktur, kemudahan awam dan sosio ekonomi bandar; dan
  6. Menyalurkan maklumat, maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan penduduk dari peringkat akar umbi bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.
  1. Penduduk yang bermastautin di dalam zon tersebut;
  2. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 65 tahun;
  3. Kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf dengannya;
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk yang bergiat aktif dalam pertubuhan, persatuan atau kerja-kerja amal;
  5. Tidak diisytiharkan muflis;
  6. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah;
  7. Bukan dikalangan Ahli Majlis yang sedang berkhidmat;
  8. Pemilihan calon JPP dari kalangan penjawat awam dan golongan profesional adalah wajar digalakkan untuk membuka minda dan melaksanakan pengurusan Bandar;
  9. Pemilihan Pengerusi hendaklah di kalangan opinion leaders yang berpengaruh
  10. Serta bersesuaian dengan taraf sosial dan pemikiran masyarakat setempat; dan
  11. Lain-lain syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh KPKT.
Bil Perkara Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran Majlis Daerah
1. Elaun Pengerusi RM800 sebulan RM500 sebulan
2. Elaun Setiausaha RM400 Sebulan RM250 Sebulan
3. Elaun Kehadiran Mesyuarat (Untuk AJK sahaja) RM75 bagi setiap mesyuarat yang dihadiri, maksimum 6 kali setahun RM50 bagi setiap mesyuarat yang dihadiri, maksimum 6 kali setahun
4. Elaun Keraian Mesyuarat Tidak melebihi RM100 setiap kali mesyuarat dengan maksimum kekerapan 6 kali setahun.
5. Kemudahan Rawatan kelas Kedua Pengerusi dan Setiausaha layak menerima kemudahan rawatan kelas kedua di Hospital kerajaan dengan maksimum RM500 bagi setiap tahun.

Tiada pertindihan. JPP adalah pelengkap (compliment) kepada pertubuhan sedia ada. Pertubuhan atau persatuan seperti Rukun Tetangga, Persatuan Belia dan Jawatankuasa Masjid hanya menumpukan kepada aspek-aspek tertentu seperti keselamatan keagamaan dan sosial. Taburannya adalah secara rawak dan melibatkan kawasan-kawasan tertentu sahaja. Persatuan-persatuan penduduk pula didapati hanya aktif di dalam kawasan perumahan mereka sahaja dan kurang berinteraksi dengan pihak berkuasa.

Melalui penubuhan JPP, pertubuhan atau persatuan yang bergerak di kawasan PBT juga dapat diselaraskan bagi memastikan program yang dilaksanakan tidak bertindih antara satu sama lain dan PBT boleh mengambil tindakan secara komprehensif dan kolektif bagi menangani isu-isu kesejahteraan bandar yang dibangkitkan oleh penduduk. Anggota pertubuhan ini boleh dilantik untuk menganggotai JPP di zon mereka.

Bagi melengkapkan struktur serta fungsi JPP, satu majlis yang dikenali sebagai Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) akan ditubuhkan di setiap PBT bagi menyelaras dan memastikan kelancaran perjalanan JPP di setiap zon. MPP memberi peluang kepada Pengerusi JPP untuk berinteraksi dengan Ketua-ketua Jabatan dan Pihak Berkuasa di zon masing-masing. MPP akan dipengerusikan oleh Datuk Bandar/YDP atau wakil yang dilantik oleh KPKT manakala ahli-ahli MPP adalah terdiri daripada Pengerusi JPP di setiap zon, pemimpin Tempatan Persekutuan (PTP) dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan di kawasan PBT. MPP perlu bersidang sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

Peranan utama MPP adalah seperti berikut:

  1. Pemudah cara di antara Agensi Kerajaan Persekutuan dan rakyat bagi mewujudkan bandar yang sejahtera;
  2. Memantau pelaksanaan program dan aktiviti kesejahteraan bandar diperingkat zon yang dilaksanakan oleh JPP;
  3. Meneliti dan mendapatkan maklum balas penduduk berkenaan program dan projek pembangunan di peringkat JPP;
  4. Menyediakan ruang bagi penduduk bandar untuk menyuarakan pandangan berhubung fungsi agensi di bawah Kerajaan Persekutuan; dan
  5. Menyediakan ruang kepada Agensi Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan penyertaan penduduk dalam aktiviti dan program yang akan dilaksanakan.

Hubungi Kami

Cawangan Pembangunan Komuniti Bandar,
Bahagian Kesejahteraan Bandar,
Aras 15/20/27, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya, Malaysia.
03-8891 4771/5051
03-8891 3176
jpp@kpkt.gov.my

Aduan JPP

Anda ada sebarang aduan atau cadangan berkenaan JPP?

Hantarkan aduan atau cadangan anda berkenaan JPP kepada kami. Kami akan memberi maklumbalas secepat mungkin.

Pilihan Warna